menjelang kiamat: turunnya ISA IBN MARYAM.
diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam'an bahawa rasulullah bersabda (tentang Nabi Isa): beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangakat kepalany lagi, turunlah daripadanya
seperti untaian mutiara.
nabi isa berdakwah mengajak orang kepada islam. menghancurkan semua agama di dunia kecuali islam. pada zaman itu, dunia sangat aman sehingga harimau dengan lembu berkawan baik. suasana aman ini berlangsung selama 40 tahun sehingga isa a.s wafat.
manakala kedaan orang2 arab (pada ketika itu) jumlahnya sangat sedikit. dalam ketakutan, mereka melarikan diri ke baitul maqdis.
Selesai solat, isa a.s berkata pada jemaah: "bukakan pintu itu". tatkala pintu terbuka dajjal sudah berdiri di situ, di belakangnya 70,000 yahudi yang lengkap bersenjata.
melihat nabi isa ada di masjid itu, Dajjal tiba2 layu dan cair seperti garam disiram air. ia lari terbirit2 ketakutan.
nabi isa dan kaum muslimin mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi, di situlah nabi isa membunuh dajjal.
sabda rasulullah lagi: isa bin maryam akan memipin ummat ku dengan bijaksana dan adil. beliau akan menghancurkan semua salib di muka bumi dan membunuh semua babi.dan menghapuskan cukai bahkan zakat juga tidak lagi dibayar kerana sudah tidak ada lagi orang yang layak menerimanya.

No comments:
Post a Comment